Ibnu Battuta
Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta (Bahasa Arab: أبو عبد الله محمد ابن بطوطة) (lahir 24 Februari 1304 - 1369) merupakan seorangBerber Maghribi dari golongan Muslim Sunni. Beliau merupakan cendiakawan dan ulama Mazhab Maliki, dan kadang-kalanya berkhidmat sebagai Qadi atau hakim. Walaubagaimana pun beliau tersohor sebagai penjelajah dan pengembara dan menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun merangkumi lebih kurang 117,000 km. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.
Ibn Battuta dilahirkan di Tangier, Maghribi, pada 24 Februari 1304 era Dinasti Marinid.Beliau mempelajari mazhab Sunni Maliki diAfrika Utara.Pada Jun 1325,ketika beliau berumur 21 tahun, Ibn Battuta mengerjakan Haji di Mekah yang mengambil masa 16 bulan.Sejak itu beliau mengembara selama 24 tahun.Perjalanannya ke Mekah adalah melalui jalan darat mengikuti pantai Afrika Utara menyeberangi Kesultanan Abd al-Wadid dan Hafsid. Beliau melewati Tlemcen, Bejaia dan kemudian ke Tunisia di mana beliau tinggal selama dua bulan. Beliau biasanya memilih untuk bergabung dengan sebuah karavan untuk mengurangkan risiko daripada diserang. Di bandar Sfax, beliau berkahwin untuk pertama kalinya.Pada awal 1326, selepas perjalanan lebih dari 3.500 km , Ibn Battuta tiba di Pelabuhan Iskandariahsemasa pemerintahan kerajaan Mamluk Bahri. Kemudian mengembara ke pedalaman Kaherah , sebuah bandar penting ketika itu.Beliau tinggal di situ selama sebulan. Beliau berpusing-pusing ke Mekah,ke Lembah Nil,ke Laut Merah serta ke Pelabuhan Aydhab.Kemudian beliau berhadapan dengan pemberontakan tempatan.Beliau kembali ke Kaherah. Seterusnya beliau menuju ke Damsyik yang dikuasai oleh Mamluk. Beliau berjumpa dengan seorang lelaki alim yang mencadangkan beliau pergi ke Makkah melalui Syria. Perjalanannya melalui Hebron, Baitulmuqaddis dan Betlehem .Ketika di bulan Ramadhan beliau berada di Damsyik bersama-sama dengan sebuah kafilah dan telah berada sejauh 1500 km dari Damsyik ke Madinah iaitu lokasi makam Nabi Islam Muhammad. Setelah 4 hari berada di bandar, beliau meneruskan perjalanan menuju ke Mekah. Beliau mengerjakan haji di Mekah dan mendapat gelaran Haji. Seterusnya beliau menuju ke Ilkhanate yang terletak di antara Iraq dan Iran.
Pada 17 November 1326, dia bersama kafilah besar , dari Semenanjung Arab menuju ke Iraq. Mulanya menuju ke utara Madinah. Pada malam hari, menuju ke timur laut di Dataran Nejd / Najaf selama 44 hari perjalanan. Di Najaf dia mengunjungi makam Ali bin Abi Talib iaitu Khulafa Rasyidin ke-4. Tempat ini sangat dihirmati oleh penganut mazhabSyiah.Terus ke Baghdad dengan kafilah.Ibn Battuta menuju ke Parsi. Dari Najaf dia menuju ke Sungai Tigris dan ke Basra. Seterusnya sampai di Kota Isfahan di Banjaran Zagros di Parsi. Dia menuju selatan ke Syiraz, sebuah bandar berkembang dan terhindar dari seragngan Mongol di utara. Akhirnya, dia kembali melintasi pergunungan dan tiba di Baghdad pada bulan Jun 1327. Bandar itu rosak teruk akibat serangan tentera Hulagu Khan.Di Baghdad beliau mendapati bahawa Abu Sa'id bersatu dengan Ilkhanid. Ibn Battuta mengembara lagi ke Tabriz dan menuju ke Jalur Sutra.Dia kembali lagi ke Baghdad pada bulan Julai. Dia menyusur Sungai Tigris dan tiba di Mosul, kemudian Cizre dan Mardin kini di dalam Turki. Seterusnya melintasi Gurun Arab ke Mekah. Ibn Battuta sakit dan letih untuk mengerjakan haji kedua.
Ibn Battuta tinggal selama beberapa waktu di Mekah. Dari September 1327 hingga musim gugur 1330. Beliau telah menghabiskan waktu hanya satu tahun dan pergi selepas menunaikan Haji pada 1328.Pada 1328 (atau 1330) dari Mekah, beliau menuju ke Pelabuhan Jeddah di pantai Laut Merah. Dengan menaiki beliau perahu di sampai di Yaman , melawat Zabid. Kemudian Dataran Ta'izz di mana beliau bertemu dengan Rasulid Malik (raja) Mujahid Nuruddin Ali. Ibn Battuta turut melawat Sana'a tetapi fakta ini diragui. Dari Ta'izz beliau pergi ke Pelabuhan Aden pada 1329. Aden merupakan pusat transit perdagangan antara India dan Eropah.Di Aden, beliau memulakan kapal pertama menuju ke Zeila di pantai Afrika Teluk Aden . Seterusnya ke Cape Guardafui dan menyusuri pantai Afrika Timur. Menghabiskan masa seminggu di setiap destinasi. Beliau melawat Mogadishu, Mombasa, Zanzibar, dan Kilwa. Dengan kapal itu beliau kembali belayar pulang ke Arab Saudi dan melawat Oman serta Selat Hormuz. Beliau kemudian kembali ke Mekah untuk haji dari 1330 (atau 1332).
Setelah setahun di Makkah, Ibn Battuta memutuskan untuk dengan Sultan Delhi, Muhammad bin Tughluq. Pada 1330 (atau 1332) beliau sampai di Anatolia, yang berada di bawah kerajaan Saljuk. Dari sana beliau menuju ke India. Beliau sampai ke pelabuhan Syria lathqiyah di Genoa dengan menaiki kapal dan mendarat di Alanya- kini Turki. Dengan menggunakan jalan darat beliau ke Konya dan kemudian ke Sinope di pantai Laut Hitam.Menyeberangi Laut Hitam, Ibn Battuta mendarat di Caffa (sekarang Feodosiya), di Crimea, dan memasuki tanah-tanah Golden Horde. Beliau membeli sebuah gerabak dan bergabung dengan kafilah Ozbeg milik Golden Horde's Khanmenuju ke Astrakhan di Sungai Volga.Tiba di Astrakhan, Putri Bayalun telah hamil dianggap haram putri Maharaja Byzantine Andronikos III Palaiologos, untuk kembali ke rumahnya di bandar Constantinople untuk melahirkan.Tiba di Constantinople pada akhir 1332 (atau 1334) dia bertemu dengan Maharaja Byzantine , Andronikos III Palaiologos. Dia melawat gereja Hagia Sophia. Setelah sebulan di situ, beliau menyelusuri kembali laluan ke Astrakhan kemudian melewati Kaspia dan Laut Aral menuju ke Bukhara dan Samarkand. Dari sana beliau ke selatan dan sampai di Afghanistan untuk menyeberang ke India.Kesultanan Delhi dari Dar al-Islam. Sultan Muhammad bin Tughluq telah membawa banyak sarjana Muslim dan pegawai untuk mengkonsolidasikan kawalannya. Sementara di Makkah, Ibn Battuta bekerja sebagai kadi ( hakim) atas lantikan sultan.Ibn Battuta berdalih hendak mengerjakan haji. Tetapi Sultan memintanya untuk menjadi duta ke Dinasti Yuan China.
Dalam perjalanan rombongannya telah diserang oleh Hindu. Beliau telah dirompak dan hampir kehilangan nyawa. Beliau meneruskan perjalanan ke Khambhat (Cambay). Dari sana, mereka belayar keKozhikode (Calicut) (dua abad kemudian, Vasco da Gama juga mendarat di tempat yang sama). Ibn Battuta melawat sebuah masjid di tepi pantai ketika ribut taufan. Salah satu kapal ekspedisi tenggelam. Beliau telah ditawan oleh seorang raja tempatan di Sumatera beberapa bulan kemudian.Takut untuk kembali ke Delhi dalam kegagalan, beliau tinggal lama di selatan India di bawah perlindungan Jamal-ud-Din. Jamal-ud-Din penguasa kecil tapi kuat Nawayath kesultanan di tepi Sungai Sharavathi di pantai Laut Arab.Sekarang dikenali sebagai Hosapattana di Honavar Tehsil, Kannada. . Apabila Kesultanan diguling , Ibn Battuta telah meninggalkan India.Beliau memutuskan untuk meneruskan ekspidisi ke China dan dalam perjalanan telah singgah di pulau Maldives.Beliau telah menetap selama sembilan bulan di Kepulauan Maldive . Penduduk pulau itu baru sahaja meganut ajaranIslam. Beliau juga dilantik menjadi ketua hakim dan berkahwin dengan keluarga diraja Omar dan terlibat dalam politik tempatan .Dilihatnya wanita tempatan tanpa pakaian di atas pinggang .Kemudian beliau pergi ke Sri Lanka dan melawat Puncak Adam.Dari Sri Lanka, kapalnya hampir tenggelam akibat ribut dan dia diserang oleh lanun.Beliau kembali ke Kozhikode (Calcutta) dan kemudian belayar ke Maldives sekali lagi sebelum sampai ke Dinasti Mongol Yuan China.Kali ini beliau berjaya sampai di Chittagong, Sumatera, Vietnam, Filipina dan akhirnya Quanzhou di daerah Fujian , China. Dari sana, beliau pergi ke utara Hangzhou, tidak jauh dari Shanghai moden. Dia melalui terusan besar ke Beijing (tapi diragui).
Ketika di Quanzhou, Ibn Battuta mengambil keputusan untuk pulang ke Maghribi. Beliau kembali ke Calicut (Kozhikode sekarang) sekali lagi. Seterusnya meneruskankan perjalanan ke Mekah melaluiSelat Hormuz dan Ilkhanate.Pada ketika itu berlaku perang saudara .Beliau kembali ke Damsyik dan mendapat tahu bapanya telah meninggal dunia. Beliau pergi ke Sardinia, lalu kembali ke Tangier untuk bertemu dengan ibunya yang juga meninggal dunia, beberapa bulan sebelumnya.
Setelah beberapa hari di Tangier, Ibn Battuta berangkat ke Andalusia. Alfonso XI dari Kastilia dan León mengancam mengambil Gibraltar.Ibn Battuta bergabung dengan sekelompok umat Islam meninggalkan Tangier untuk berperang demi mempertahankan pelabuhan Gibraltar. Alfonso dapat dibunuh dan ancaman telah surut. Beliau berjalan melalui Valencia dan akhirnya sampai di Granada.Ketika beliau meninggalkan Andalusia, beliau memutuskan untuk berhenti di Marrakech , yang hampir menjadi bandar hantu akibat beberapa wabak penyakit .Ibukotanya telah dipindahkan ke Fez.Sekali lagi beliau kembali ke Tangier, dan ia berpindah sekali lagi. Dua tahun kemudian beliau pergi ke Kaherah .Beliau berhasrat mengunjungi kerajaan Muslim di seberang Gurun Sahara.
Pada musim gugur 1351, Ibn Battuta meninggalkan Fez dan membeli beberapa unta dan tinggal selama empat bulan disana. Pada Februari 1352 , setelah 25 hari perjalanan beliau tiba di lombonggaram di Taghaza.Bangunan-bagunan dibina daripada bongkah garam oleh hamba dari suku Masufa, yang bekerja memotong bongkah garam. Garam diangkut dengan menggunakan unta. Taghaza adalah pusat komersil dan memiliki banyak emas .Ibn Battuta tidak tertarik kerana tempat itu hanya ada air payau dihurungi lalat.Selepas 10 hari tinggal di Taghaza beliau dan kafilah berangkat ke oasis Tasarahla (mungkin Bir al-Ksaib). Beliau berhenti selama 3 hari dan berjalan kaki melintasi gurun pasir yang luas. DariTasarahla sampai ke bandar oasis Oualata dan beliau mengambil air untuk kafilah yang dahaga. Oualata terletak di hujung selatan jalan perdagangan ke Empayar Mali. Kafilah beliau menyeberangi 1.600 km selama 2 bulan dari padang pasir dari Sijilmasa.Kemuian dia berangkat ke barat daya Sungai Nil @(sebenarnya Sungai Niger) dan tiba di ibu negara Empayar Mali.Dia bertemu Mansa Sulaiman, raja sejak 1341. Ibn Battuta melihat hamba perempuan , pelayan, dan bahkan anak-anak perempuan sultan yang masih telanjang bulat. Pada bulan Februari ,dengan menaiki beliau unta sampai di Timbuktu yang pada masa itu kecil sahaja. Ibn Battuta dengan menaiki perahu pergi ke Gao selama satu bulan. Beliau menerima mesej daripada Sultan Maghribi memerintahkan beliau pulang. Beliau berangkat ke Sijilmasa pada September 1353 dan sampai di Maghribi pada awal tahun 1354.
Setelah pulang ke rumah dari perjalanannya pada 1354 dan di atas dorongan Sultan Maghribi, Abu Inan Faris, Ibnu Battuta menulis catatan perjalanan kepada Ibnu Juzayy, seorang sarjana yang beliau pernah bertemu di Grenada. Catatan ini adalah sumber maklumat tentang kembaranya dengan tajuk 'Rihla' atau "The Journey".Ibn Battuta membuat catatan selama 29 tahun berdasarkan ingatan dan naskah terdahulu. Ketika menjelaskan Damsyik, Makkah, Madinah dan beberapa tempat-tempat lain di Timur Tengah adalah berdasarkan catatan Ibn Jubayr.Gambaran tempat di Palestin jelas disalin daripada catatan musafir abad ke-13 Muhammad al-Abdari.Ramai orientalis tidak percaya bahawa Ibn Battuta melawat semua tempat yang beliau gambarkan. Ibn Battuta bergantung kepada khabar angin dan pengembara dahulu. Contohnya Ibn Battuta melakukan perjalanan di Sungai Volga .Orientalis juga mempersoalkan apakah dia benar-benar melawat China. Namun beliau berjaya menggambarkan seluruh dunia pada abad ke-14.Ibn Battuta sering mengalami kejutan budaya di banyak tempat yang tidak sesuai dengan dengan latar belakang muslim ortodoks. Di Turki dan Mongol, beliau hairan melihat wanita bebas bercakap. Bahawa lelaki-lelaki adalah pelayan wanita tetapi sebenarnya adalah suaminya.Adat pakaian di Maldives dan di sub-Sahara di Afrika terlalu mendedahkan.Setelah selesainya Rihla pada 1355, hanya sedikit yang diketahui tentang kehidupan Ibnu Battuta. Beliau dilantik menjadi hakim di Maghribi dan meninggal dunia pada tahun 1368 atau 1369.Pada awal 1800-an bukunya diterbitkan dalam Bahasa Jerman dan Inggeris berdasarkan manuskrip yang dijumpai di Timur Tengah yang mengandungi versi pendek Arab Ibnu Juzayy . Ketika tenteraPerancis menduduki Algeria pada 1830-an, mereka menemui lima naskah Constantine termasuk dua yang mengandungi versi lebih lengkap .Naskah ini dibawa kembali ke Bibliothèque Nationale diParis dan dipelajari oleh sarjana Perancis, Charles Defrémery dan Beniamino Sanguinetti. Pada 1853, mereka menerbitkan siri daripada empat jilid mengandungi teks arab dan diterjemah ke dalam Bahasa Perancis. Sekarang telah diterjemahkan kepada banyak bahasa lain.Ibn Battuta melakukan perjalanan hampir 75.000 batu dalam hidupnya. Berikut adalah senarai tempat-tempat yang dilawati.
sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibn_Battuta
Rasulullah Saw, “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi
Tuesday, 14 February 2012
Sunday, 12 February 2012
As Syahid Imam Hassan Al Banna (14 Oktober 1906 - 12 Februari 1949)
HASSAN AL-BANNA merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun.
Dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.
Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman bin Muhammed al-Banna, merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang menulis kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam dan juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.
Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki sedikit harta, mereka bukannya orang yang kaya dan bertungkus lumus untuk mencari nafkah, terutama selepas berpindah ke Kaherah pada 1924; sebagaimana yang lain, mereka mendapati bahawa pendidikan Islam dan kealiman seseorang tidak lagi dihargai di ibu negara itu, dan hasilkerja tangan mereka tidak mampu menyaingi industri besar-besaran.
Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.
Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British.
Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral tradisional.
Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian.
Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.
Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.
Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka "matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez.
Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.
Di Ismailiyya, sebagai tambahan kepada kelas siangnya, dia melaksanakan matlamatnya memberi kelas malam bagi keluarga anak muridnya. Dia juga berceramah di masjid, malah dikedai kopi, yang masa itu masih baru dan dipertikaikan nilai moralnya. Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan hebat dengan elit keagamaan tempatan, dan dia mengamalkan polisi mengelakkan kontrovesi agama.
Dia sedih dengan tanda-tanda jelas pengawalan ketenteraan dan ekonomi di Isma'iliyya: kem ketenteraan British, kemudahan awam dimiliki oleh kepentingan luar, dan tempat tinggal mewah milik pekerja Syarikat Terusan Suez, bersebelahan dengan rumah haram pekerja Mesir.
Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.
Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.
Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.
Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.
Thursday, 9 February 2012
Hukum Wanita Memegang Tampuk Pemerintahan
Benarkah tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncangkan dunia? Apakah Hukumnya Wanita Memegang Tampuk Pemerintahan?
Wanita dan politik
Dalam fikh Islami perbahasan ini boleh didapati dalam bab Wanita dan Wilayah Umum (al-a'mmah). Sejauhmana wanita boleh terlibat dalam politik? Bolehkah mereka memegang jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan seperti hakim, menteri atau perdana menteri, presiden atau khalifah?Implikasi kepada persoalan ini ialah jika wanita memegang jawatan tersebut adakah syariat akan mengambil kira keputusan-keputusan yang keluar dari mereka? Apa jawatan yang boleh disandang dan apa pula jawatan yang tidak boleh disandang? Setakat mana pula penglibatan yang diizinkan kepada mereka ?Kajian ini akan menjelaskan perspektif pandangan Islam yang menjadi asas kepada tanggungjawab setiap individu masyarakat - lelaki dan wanita - dalam merialisasikan maksud syarak. Ia melupuskan pandangan "membahagikan tugas kemasyarakatan" dengan makna mengkhususkan peranan wanita kepada tugasan sosial dan lelaki dengan tugasan politik. Sebaliknya ia menampakkan di sana ada peranan bersama di samping perselisihan skop dalam arena kehidupan masyarakat dan kenyataan sejarah secara terangkum tidak dalam bentuk persamaan automatik ala barat. Ia juga tidak memisahkan dunia wanita dari dunia lelaki, sebaliknya saling memainkan peranan, secara bersepadu dan bertanggungjawab.
Hak Berpolitik
Untuk memahami dengan lebih jelas intipati perbahasan ini kita harus memahami terlebih dahulu apa itu "ahliah siasiah" (kelayakan politik):
Ahliah siasiah terbahagi kepada tiga kategori:
1. Ahliah (kelayakan) umum.
Ahliah ini mencakupi keahlian semua anggota masyarakat dalam perkara wajib ain, seperti baiah umum dan syura umum. Ahliah ini berhubung kait dengan penglibatan politik harian yang melibatkan masyarakat umum. Di atas tapak itu dibina asas tanggungjawab individu dalam menyuruh makruf dan mencegah mungkar, mempertahankan hak, mengawal neraca keadilan dan menjaga maqasid syarak.
2. Ahliah umum dan khusus.
Dua ahliah dalam satu masa. Contohnya semua perkara fardhu kifayah yang menjadi fardhu ahliah khusus ain seperti jihad. Walaupun jihad adalah kewajiban umum tetapi ia memerlukan persiapan dan latihan untuk meningkatkan keupayaan (kafaah) masyarakat umum. Oleh kerana itu ia menjadi umum dan khusus dalam masa yanag sama.
3. Ahliah khusus.
Iaitu kewajiban-kewajiban bersifat fardhu kifayah seperti tugas-tugas kepimpinan. Ia memerlukan kemampuan semulajadi, dan aspek-aspek kelayakan yang boleh dipelajari dan diusahakan dengan cara kajian, pengalaman dan tindakan. Ia tidak sesuai kepada semua orang, tanpa mengira perbezaan dari segi pencapaian akal.
Kelemahan Yang Menjejaskan
Di sana ada kelemahan yang dikategorikan sebagai kelemahan semulajadi dan kelemahan yang dikategorikan sebagai kelemahan jenis.(sifat keperempuananya)
Kelemahan semulajadi
Yang dimaksudkan dengan kelemahan semulajadi ialah kelemahan dari segi daya intelektual seperti bodoh, bebal, gila dan sebagainya. Perkara-perkara ini boleh menjejaskan ahliah. Tidak termasuk dalam perkara tersebut "kewanitaan" kerana wanita memikul tangungjawab syarie, jenayah, sivil dan tugas kepimpinan umum. Dengan itu kewanitaan tidak menjejaskan ahliah (kelayakan) khusus.
Kelemahan jenis Iaitu kelemahan fitrah yang mendatang secara berkala seperti haid, nifas dan ketika mengandung. Ia tidak menjejaskan ahliah. Ada juga kadang kadang kelemahan fitrah yang bersifat mendatang tetapi panjang tempohnya seperti ganguan masa mengandung, beranak dan menyusu, terperap dalam rumah, terputus dari dunia luar yang menyebabkan mereka terkongkong dan tidak peka dengan dunia luar. Kelemahan ini boleh di atasi dengan meningkatkan kesedaran. Di samping itu, ia sukar berlaku dalam suasana seperti hari ini.Walaubagaimana pun untuk memahami masalah ahliah politik bagi wanita tidak sempurna kecuali dengan mempastikan jenis-jenis keahlian, jenis-jenis wanita dan tabiat tanggungjawab syarie berkenaan (politik). Dengan erti kata lain mengetahui wanita mana, dalam bidang apa adalah kunci untuk memahami hukum penglibatan politik tertentu.
Definasi skop perbincangan.
Sebelum kita menghurai punca perselisihan ulama, terlebih dahulu perlu kita sepakat dalam mendifinisikan skop khilaf. Perbahasan ini secara tepatnya berlegar sekitar hak berpolitik bagi wanita dalam Islam. Ia bermaksud: Hak-hak yang pada kehendaknya memberi kepada anggota masyarakat hak untuk berkongsi dalam urusan pemerintahan dan negara seperti hak mengundi, menyertai pungutan suara, menjadi calon dalam parlimen, kepimpinan negara dan hak-hak perjawatan.Mazhab ulama dalam masalah ahliah (kelayakan) potitik wanita.
Dalam persoalan ini ada tiga mazahab di kalangan ulama:
Pertama: Kebanyakan ulama silam dan sesetengah ulama kini berpendapat bahawa wanita tidak ada ahliah sama sekali
Kedua: Kebanyakan ulama zaman kini berpendapat bahawa Islam tidak mengharamkan hak-hak politik bagi wanita kecuali menjadi presiden. Tetapi mereka mengganggap bahawa suasana tidak sesuai
Ketiga: Sebahagian ulama kini berpendapat bahawa Islam tidak mengharamkan sama sekali hak politik bagi wanita. Oleh kerana itu masalah-masalah adalah merujuk kepada persoalan sosial, ekonomi dan politik
Sebab berlaku perselisihan.
1. Firman Allah bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan. (Surah an-Nisa' 34)
Ulama berselisih pendapat dalam memahami kehendak ayat di atas. Ada yang mengatakan ia memberi erti bahawa al-qiwamah/kepimpinan adalah hak mutlak lelaki oleh faktor kekuatan aqal, jiwa dan tubuh badan.
Dijawab: Ada pula golongan yang mengatakan bahawa asas hubungan antara lelaki dan wanita adalah al-wala. Qiwamah yang dikhususkan kepada lelaki adalah dalam urusan rumah tangga sahaja bukan dalam urusan-urusan lain dari bab mengutamakan yang lebih layak bukan menafikan kelayakan daripada wanita.
2. Sunnah
a. Qauliah (kata-kata).
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tidak berjaya mana-mana kaum yang melantik wanita menjadi pemimpin.
Berdasarkan kaedah "pengajaran itu diambil dari lafaznya yang umum bukan sebabnya yang khusus". Hadis ini memberi erti bahawa mana-mana kaum melantik wanita menjadi pemimpin adalah kaum yang gagal. Menafikan kejayaan dalam konteks hadis ini bererti tegahan.
Dijawab: Hadis ini disanggah dengan cerita Balqis yang berjaya memimpin kaumnya, walaupun beliau seorang wanita. Ini mendorong setengah pihak mengkhususkan hadis kepada wilayah tertinggi iaitu khilafah. Ada juga golongan yang mengkhususkan kepada kes berkenaan sahaja dengan qarinah (bukti).
b. Fikliah (perbuatan).
Tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam sama ada di zaman nabi atau zaman-zaman selepasnya, perempuan dilantik menjadi qadi atau pemimpin wilayah. Jika ia diharuskan oleh syarak tentu sekali ia tidak akan di abaikan apa lagi jelas keperluan dalam kehidupan bermasyarakat.
Dijawab: Bahawa tidak berlaku perkara tersebut adalah disebabkan tabeat kehidupan masyarakat pada waktu itu. Ia tidak menjadi dalil untuk menafikan kelayakan wanita sebagai pemimpin.
3. Maslahah.
Setengah menganggap bahawa kepimpinan wanita bercanggah dengan kehendak maslahah daripada dua aspek:
a. Maslahah umat
Politik memelukan ketegasan dan ketangkasan. Sifat semulajadi wanita yang cenderung kepada sentimen mendedahkan umat kepada kemusnahan. Ini adalah mudarat yang terlarang. Disamping tanggungjawab sebagai pemimpin memerlukan….. adalah amat berat. Ia bertanggungjawab memelihara agama, menyelesaikan perselisihan, menjaga generasi, melaksanakan hudud, mengukuhkan pertahanan , jihad dan mengimamkan solat. Sesetengahnya ditegah daripada wanita melakukanya oleh syarak. Oleh itu penglibatan mereka dalam kepimpinan hendaklah dihadkan di bidang kemasyarakatan, pendidikan dan perubatan atau paling tinggi kementerian wanita.
b. Maslahah keluarga.
Wanita yang menceburkan diri dalam politik akan mengabaikan tanggungjawab rumahtangga dan akan menyebabkan runtuhnya rumahtangga. Kalau pun ia mampu dilakukan oleh setengah wanita, perkiraan dalam menghukum ialah kumpulan ramai dan yang kebiasaan bukan yang jarang-jarang berlaku.Dijawab: Bahawa itu semua berlaku atas andaian wanita yang tidak ada kelayakan. Kita sedang berbincang mengenai wanita yang layak. Lagi pun contoh dan gaya kepimpinan yang disebut adalah gaya pemerintahan individu, kita berbicara dalam dimensi pemerintahan yang mengamalkan syura dan melaksanakan syariah dengan kefahamannya yang betul. Mengenai kepentingan keluarga, memang benar perkiraan dengan keadaan yang biasa. Oleh kerana itu kita bercakap mengenai kepimpinan yang hukumnya fardhu kifayah tidak wajib kepada semua orang.
4. Saddu zariak (Menghindari Kemungkinan Lebih Buruk).
Pemimpin harus ke depan dan mengambil tanggungjawab. Ini bersalahan dengan kehendak syarak yang menetapkan bahawa wanita tempatnya di rumah dan membawa kepada percampuran yang membawa fitnah. Dijawab: Pandangan ini disanggah dengan menganggap bahawa arahan tinggal di rumah itu adalah perintah khusus kepada isteri-isteri nabi s.a.w. Ia tidak kena mengena dengan wanita umat ini. Sunnah amali menunjukkan mereka terlibat bersama lelaki dalam semua bidang kehidupan termasuk ibadah, muamalah, menuntut ilmu, jihad dan bidang-bidang perkerjaan. Yang dilarang oleh syarak ialah, mendedahkan aurat, mengucapkan kata kata yang menggoda, merenung atau bertentang mata, dan berkhalawat.
Kesimpulan.
Sesungguhnya kepimpinan umum memerlukan keupayaan khusus. Ada di kalangan wanita yang memiliki keupayaan tersebut dan layak untuk memikul tanggungjawab fardhu kifayah ini. Hujah untuk menafikan hak mereka tidak kuat. Walaubagaimana pun kita beranggapan bahawa bilangan wanita yang mampu memikul tanggungjawab rumahtangga dan kepimpinan tidak ramai. Walaubagaimanapun ketandusan ini tidak memberi makna bahawa penglibatan wanita di bidang politik dan kemasyarakatan lemah. Apa lagi bila dilihat dari perspektif penyertaan politik mengikut kaca mata Islam. Islam melihat penglibatan wanita di bidangnya yang khusus seperti mendidik anak dan menguruskan rumah tangga memberi kesan besar di bidang politik dan kenegaraan. Wallahu aalam

sumber:Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my.my
http://www.hanan.com.my/
Wajarkah Wanita Menjadi Pemimpin
Nabi SAW sudah berpesan kepada kita. Yang perempuan ini tidak sesuai menjadi ketua kepada urusan yang berat-berat. Terkadang bila urusan dicemari emosi ia menyukarkan. Perempuan dibekali emosi. Jika ada masalah diluar bimbang dibawa masuk ke tempat kerja. Orang lain jadi mangsa.

Bolehkah Wanita Menjadi Ketua?
Biarpun apa definasinya samaada; wanita, kaum hawa, perempuan atau gadis, ia tetap terkategori jantina yang sama. Persoalannya, adakah golongan hawa ini layak menjadi ketua?
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka menafkahkan sebahagian harta mereka.” (Surah an-Nisa: Ayat 34)
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang mengatakan:
“Sungguh Allah SWT telah memberiku manfaat, dari kata-kata yang pernah kudengar dari Rasulullah SAW – pada saat perang Jamal (Unta), setelah semula hampir saja aku mengikuti tentera Jamal (dipimpin oleh Aisyah yang mengenderai unta) dan berperang di pihak mereka”.
Kata beliau lagi: “Ketika sampai berita kepada Rasulullah SAW bahawa bangsa Parsi telah mengangkat puteri Kisro sebagai ratu, maka sabda Baginda Rasulullah SAW:
“Tidak akan berjaya/beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita (mengangkat wanita sebagai pemimpin).” (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam at-Tirmizi, Imam an-Nasaie’)
Begitu juga terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari daripada Abu Bakrah berkata:
“Tatkala ada berita sampai kepada Nabi SAW bahawa bangsa Parsi melantik puteri Kisro (gelaran raja Parsi dahulu) menjadi raja, beliau SAW lantas bersabda, “Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita”.” (HR. Bukhari no. 4425)
Bilakah Wanita Boleh Menjadi Pemimpin?
Wanita boleh memegang tampuk pemerintahan hanya ketika mana memerintah sesama kaum mereka. Ini bukan diskriminasi Islam terhadap wanita, tetapi adalah keadilan. Keadilan yang diperuntukkan Islam berdasarkan kondisi penciptaan manusia sejak azali lagi. Dalam hal ini, misalnya para wanita disarankan mengambil tahu hal ehwal kewanitaan khususnya. Ini kerana di kalangan mereka lebih arif hal ehwal kewanitaan berbanding lelaki.
Sementelahan, skop tanggungjawab wanita lebih kecil berbanding lelaki. Wanita juga mempunyai halangan-halangan tertentu – seperti perlukan mahram ketika bermusafir, tidak boleh menjadi wali, datang haid, hamil, mengandung, menyusui dan nifas – yang telah Allah SWT ciptakan buat mereka.
Mengingkari perkara ini, bererti kalian mempertikaikan keadilan penciptaan Allah Ta’ala terhadap manusia seluruhnya!
Maksudnya: “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya).” (Al-Baqarah: 228)
Bahkan, wanita juga dibolehkan menjadi pemimpin – di atas pengawasan suami – untuk mengatur kehidupan rumahtangga. Perkara ini selari dengan hadis Rasulullah SAW berbunyi:
“Dan wanita menjadi pemimpin di rumah suaminya, dia akan diminta mempertanggungjawabkan mengenai orang yang diurusnya.” (HR. Bukhari no. 2409)
Hati-hati Idea Liberalisme!
Dahulu kita pernah dikejutkan dengan fenomena Amina Wadud. Dia dengan berani bertindak melanggar batasan syariat dengan mengimami solat, walhal belakangnya disertai makmum lelaki. Sedangkan perkara ini samasekali bersalahan dengan al-Quran dan as-Sunnah sebermula era Nubuwwah hingga kini. Tanyalah mana-mana ulama’ muktabar seluruh dunia, pasti jawapannya tetap sama. TIDAK DIBENARKAN.
Para pengamal liberalisme dan Sister In Islam (SIS) berusaha keras untuk mengangkat hak wanita menjadi sama rata seiring lelaki hatta dalam hal ehwal ibadah, perwalian dan urusan pemerintahan. Kerana itu mereka begitu berani melaungkan idea-idea kontroversi bagi menjayakan misi ini.
Justeru, sebagai muslim lagi mukmin yang berjuang dalam kelompok jemaah Islam, sewajar lebih TAHU dan JELAS tentang perkara ini!
Monday, 6 February 2012
Pokok Gharqad : Pohon Yahudi
sehinggalah orang-umat Islam berperang
dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat).
Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai
sehinggakan apabila mereka bersembunyi
di sebalik batu dan pokok,
tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara
menjerit memanggil umat Islam
agar membunuh orang-orang Yahudi itu,
kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi"
(Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Pokok Gharqad atau African Boxthorn (Lycium ferocissimum) merupakan sejenis pohon yang rendang dan berduri.
Terdapat lebih 20 spesis Gharqad di Amerika Utara, 30 spesis di Amerika Selatan, 30 di Afrika, 10 di Eurasia dan satu di Australia.
Pokok Gharqad, adalah panggilan bagi pokok Yahudi dalam bahasa Arab.
Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn, termasuk dalam keluarga Solanaceae yang terdiri lebih daripada 90 spesis.
Nama-nama lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah Desert-thorn, Christmas berry, Wolfberry, Matrimony vine, Tea-tree dan Goji.
Spesis ini banyak tumbuh pada ketinggian lebih kurang 5 meter tinggi dan 3 meter lebar serta boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kering serta kekurangan air.
Pokok rendang ini turut menjadi 'rumah' bagi beberapa spesis haiwan seperti musang dan burung untuk berteduh dan mencari makanan.
Menariknya, pokok ini turut terdapat di Australia selepas dibawa masuk pada tahun 1800-an untuk dijadikan sebagai tumbuhan pagar sekitar rumah, malah ia dianggap sebagai "rumpai yang sangat degil" !
Ini kerana ia menjadi ancaman kepada industri agrikultur dan mudah berkembang biak melalui pelbagai cara sehingga pelbagai usaha dijalankan untuk menghapuskan "rumpai" ini.
Ia turut di isytiharkan sebagai rumpai di bawah Tasmania’s Weed Management Act 1999 dan kegagalan menghapuskan pokok ini daripada perumahan membawa kepada tindakan undang-undang !
Dalam bahasa Ibrani, pokok Gharqad disamakan dengan pokok Atad. Sarjana botani Prof. Michael Zohary dan Noga Hereuveni of Neot Kedumim yang mengkaji tumbuhan yang disebutkan dalam Bible mengesahkan pokok Atad adalah sama dengan spesis Jujube.
Spesis ini adalah tumbuhan kedua terbesar di negara haram Israel selepas pokok Akasia.
Pokok Gharqad ini banyak ditanam oleh orang-orang Yahudi di sekitar rumah mereka kerana mereka berharap dapat bersembunyi di sebalik pohon tersebut daripada dibunuh oleh orang-orang Islam ketika hampir berlakunya hari kiamat nanti.
Sesungguhnya, mereka beriman kepada hadith Rasulullah SAW, namun pada masa yang sama, merekalah yang memusuhi umat Baginda serta melakukan kekejaman terhadap warga Palestin samada yang beragama Islam mahupun Kristian.
sumber:
Sunday, 5 February 2012
Perang Bani Quraizoh
Ghazwah Bani Quraizoh. berlaku pada tahun ke-5 hijrah sebaik sahaja selepas Ghazwah Ahzab. Ini kerana beberapa sebab. Antaranya, Rasulullah telah menyaksikan bagaimana isi hati Yahudi Bani Quraizoh yang keji, belot serta berpihak kepada Quraisy dan sekutu-sekutunya. Pada saat-saat genting pertempuran Ahzab, mereka mengisytiharkan pembatalan perjanjian dengan Baginda s.a.w.. Mereka juga berniat melakukan jenayah berat yang boleh melenyapkan semua orang Islam. Padahal mereka tinggal bersama Rasul s.a.w. di Madinah. Niat dan rancangan jahat mereka gagal apabila Ghazwah Ahzab telah tamat sebagaimana yang berlaku (tentera bersekutu Qurasiy meninggalkan Madinah tanpa dapat mengalahkan orang Islam). Oleh ini, Rasulullah s.a.w. berpandangan untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas pengkhianat dan pembelot ini. Baginda juga memutuskan untuk membersihkan Madinah selaku pusat jihad dan dakwah daripada mereka.Tujuannya agar tidak berlaku lagi situasi-situasi yang membuka ruang kepada mereka untuk sekali lagi membantai dan membinasakan orang Islam.Jelas sikap mereka sebagaimana kebiasaan sikap belot Yahudi yang keji.
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Aishah r.ha., bahawa apabila Rasulullah s.a.w. pulang pada hari Ghazwah Khandaq, Baginda telah meletakkan senjata dan mandi. Tatkala itu, Jibril datang menemui Baginda dalam keadaan kepalanya dilitupi debu-debu, seraya berkata: “Kamu telah meletakkan senjata? Demi Allah, aku belum meletakkannya.” Baginda bertanya: “Di mana?” Jibril berkata: “Di sana.” Seraya menunjuk ke arah Bani Quraizoh.Aishah berkata: “Maka Rasulullah s.a.w. keluar memerangi mereka.”
Rasul s.a.w. mengarahkan seorang sahabat menyeru orang ramai supaya tiada seorang pun daripadamereka bersembahyang Asar melainkan di perkampungan Bani Quraizoh.Kemudian Baginda keluar bersama mereka. Panji-panji Baginda telah dibawa oleh Ali r.a.Orang Islam yang terkumpul seramai 3,000 orang, sementara kuda pula sebanyak 36 ekor.Apabila Ali menghampiri kubu Bani Quraizoh, dia telah mendengar ucapan yang buruk tentang Rasulullah s.a.w. dan isteri-isteri Baginda. Beliau telah memberitahu perkara tersebut kepada Nabi s.a.w. dan meminta Baginda agar tidak menghampiri Bani Quraizoh yang keji itu. Baginda s.a.w. menjawab, apabila mereka melihat Baginda, mereka tidak akan memperkata sesuatu yang buruk. Ini kerana Baginda tahu sikap berpura-pura dan mengampu mereka. Jika mereka melihat Baginda, mereka bersikap lembut dengannya sebagaimana yang dijangka oleh Baginda s.a.w..Orang Islam telah mengepung mereka selama 25 malam.Setelah mereka tersepit dengan keadaan itu, mereka tunduk kepada hukuman Rasul s.a.w.Mereka telah dihakimi oleh Saad bin Muaz, penghulu kaum Aus.Bani Quraizoh merupakan sekutu kepada kaum Aus. Saad telah menghukum pejuang-pejuang mereka dibunuh, zuriat mereka dijadikan tawanan dan harta-harta mereka dibahagi-bahagikan. Rasul s.a.w.melaksanakan hukuman beliau itu. Dengan itu, konspirasi, adu domba dan komplot Yahudi di Madinah dan sekitarnya ke atas Rasulullah s.a.w. dan dakwahnya telah habis dihapuskan.
Dalam peperangan ini, turun ayat-ayat al-Quran al-Karim yang menjelaskan pembelotan Yahudi, pelanggaran mereka terhadap perjanjian dan sikap mereka yang tidak menolong orang Islam dalam Ghazwah Ahzab,
firman Allah yang bermaksud:
“Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: “Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini),oleh itu baliklah”. Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: “Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlu-kan perlindungan”, pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).
Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya,dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja.
Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah)janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya).
Katakanlah (wahai Muhammad):”Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja”.
(Maksud Al-Ahzab: 13-16)
Firman Allah Lagi yang bermaksud:
Dan Dia menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudi)yang membantu tentera musuh itu, dari benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah diisikan-Nya hati mereka dengan perasaan gerun.(Lalu mereka diadili dan dijatuhkan (fiukuman); sebahagian di antara-nya kamu bunuh, dan sebahagian lagi kamu tawan.
Dan Dia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumahrumah serta harta benda mereka, danjuga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang belum kamu men-jejaknya. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Maksud Al-Ahzab: 26-27)
Sekian Wallahu’alam….
sumber:http://hasnulhadiahmad.com/perang-bani-quraizoh/
Saturday, 4 February 2012
Qarin Jin Pendamping Manusia
Qarin Jin Pendamping Manusia
Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)
Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”
Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.
Wallahu’alam….
Friday, 3 February 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)